Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan

Oleh SUHAKAM

27 – 29 Mac 2005

Hotel Harbour View, Kuching

 

KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli  Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.

 

Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.

 

Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:

 

1.      Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;

 

2.      Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;

 

3.      Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);

 

4.      Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;

 

5.      Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;

 

6.      Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;

 

7.      Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.

 

Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:

 

1.      melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;

 

2.      menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;

 

3.      menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;

 

4.      mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;

 

5.      menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;

 

6.      mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;

 

7.      memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;

 

8.      membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;

 

9.      mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;

 

10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;

 

11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.

 

12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.

 


Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:

 

Nama

Persatuan

Tandatangan

1. Jetli Jelian

Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

 

 

 

 

2. Usang Ak Labit

Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian

 

 

 

 

3. Nyalau Ak Geli

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

 

 

 

 

4. Bangau Ak Panggai

Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)

 

 

 

 

5. TR. Siba Ak Bunsu

Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)

 

 

 

6. TR. Banyang Ak Ramai

ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu

 

 

 

 

7. Ibi Ak Uding

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian

 

 

 

 

8. Unus Ak Kalom

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan

 

 

 

 

9. Limi Ak Kundi

Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian

 

 

 

 

10. TR. Christopher Ak Ambu

Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

 

 

 

 

11. Masa Ak Nangkai

Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

 

 

 

 

12. Jacob Ak Imang

Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

 

 

13. Anthony Belon

Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

 

 

14. TR. Engkana Ak Talap

Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman

 

 

15. Maurice Ak Aben

Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

 

 

16. Jesus Robin Ak Timboo

Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai

 

 

 

 

17. Francis Ak Imban

Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)

 

 

 

 

18. Pauli bin Amus

Kpg. Hilir Meludam, Betong

 

 

 

 

19. Kathleen Supang

Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman

 

 

 

 

20. Walter Chambers Najod

 

 

 

 

 

21. Alias Bon Ak Ulat

Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah

 

 

 

 

22. Jeron Ak Loben

SADDA, Bau

 

 

 

 

23. Bihai Ak Nyah

JKKK Krokong, Bau

 

 

 

 

24. Incham Serdin

 

 

 

 

 

25. Mark Bujang

Borneo Resources Institute Malaysia Sarawak (BRIMAS), Miri

 

 

 

 

26. Raymond Abin

Borneo Resources Institute Malaysia Sarawak (BRIMAS), Miri

 

 

 

27. TR. Babai Ak Lunsa

Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit

 

 

 

28. Usit Ak Limbang

Persatuan Masyarakat Rumah Panjang Sungai Pakoh, Selangau

 

 

 

29. Encharang Agas

Sarawak Dayak National Union (SDNU), Kuching

 

 

 

 

30. Dominic Langat

Persatuan Jarmock, Long Tungan, Baram

 

 

 

 

31. Silip Jahiri

Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)

 

 

 

32. Jehim Ak KK Milos

SEBERKAS, Kpg. Pueh, Sematan

 

 

 

 

33. Lawing Ak Lidi

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Sibu

 

 

 

 

34. Tinde Ak Banding

Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian

 

 

 

 

35. Nicholas Mujah

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kuching

 

 

 

 

36. Midi Ak Johnek

SADDA Associate

 

 

 

 

37. Jok Jau Evong

Sahabat Alam Malaysia (SAM)

 

 

 

 

38. TK Ajang Kiew

Persatuan Penan Sarawak (SPA), Baram

 

 

 

39. TK Unga Paren

Persatuan Penan Sarawak (SPA), Baram

 

 

 

40. Saging Anyi

Uma Bawang Residents Association (UBRA), Baram

 

 

 

 

41. Tingang Ak Sabai

Kampung Soh, Samarahan

 

42. John Ak Amin

Kampung Soh, Samarahan

 

43. Bungai Ak Kuyah

Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)

 

44. Naktea @ Nakiea Takok

Kampung Raso II, Bau

 

45. Johnny Kieh Dullah

COMCIS, Sibu